
mengantuk cirit-cirit aku harini. skjp rase nak tidur, pastu tercelik mato ni ha, tak mau dah.
lepas tu ngantuk blk. tp lps tu, tak ngantuk dah pastu terus bangun main game, pastu tertidur :|
aku bangun pukul 6 pagi tepat-tepat mmg mengagumkan. boleh bangun pulak tu.
kalau hari sekolah ni mmg celaka lah kalau kau ditugaskan utk bangunkan aku.
mak aku pun dah cuba pelbagai cara serta semue cencaluk doa, kismis doa, semue tak menjadi.
aku bangun pagi utk ke sekolah mmg payah.
alasan sbb tak nak pg sekolah lah. malas nk gosok baju.
MALASSSSSSSSS!!!!!!!!
tp suasana pagi kt Jasin tenang. aku pun tak kelam-kabut.
tiap-tiap hari aku turun pergi sekolah ikut time yg bile aku rase aku nak.
aku cekau ikut suke hati je.
sbb Jasin sebuah bandaU yg acet tonang.
kerajaan, saya Izzati Afiqah ingin mencadangkan t-shirt sekolah 1Malaysia yg boleh dipakai pada waktu sekolah.
iaitu bukan pada waktu Pendidikan Jasmani mahupun Ko-Kurikulum, namun utk dipakai sewaktu pembelajaran dijalankan.
ia lebih mudah serta lebih selesa.
selari dengan itu, mewajibkan tudung berada di bawah paras dada bagi pelajar perempuan mahupun lelaki yg bertudung amat digalakkan agar t-shist tersebut tidak didapati lucah.
dengan langkah pengambilan t-shirt sebagai uniform baru utk pelajar Malaysia, ia dapat membanteras para pelajar ponteng sekolah yg beralasan baju sekolah panas dan ada yg tidak serap peluh seterusnye tidak mahu menghadirkan diri sekolah atas alasan baju sekolah yg amat leceh, payah dan tak mesra pengguna langsung.
pengambilan t-shirt sebagai uniform baru utk pelajar Malaysia juga salah satu alasan yg munasabah utk para pelajar yg selekeh utk tidak lagi memakai pakaiana yg selekeh ke sekolah memandangkan ia tidak lagi perlu digosok, malah menyarungkannya sahaja.
mengetatkan peraturan bahawa tidak ada pelajar yg boleh memakai saiz yg lebih kecil mahupun besar drpd tubuh badan juga boleh dijalankan supaya t-shirt yg dipakai murid-murid kelihatan lebih kemas serta tidak lucah bagi yg ketat.
walaupun yg ketat dapat menjamu mata pelajar lelaki, (mahupun perempuan) para pelajar lelaki haruslah memakai t-shirt yg bersesuaian tetapi juga tidak ditetapkan peraturan utk memasukkannya ke dalam seluar supaya pelajar lebih selesa dgn cara tersendiri.
para pelajar perempuan juga perlu diperketatkan peraturan utk tidak memakai baju yg ketat supaya kes rogol serta cabul dapat dibanteras, yeah!
namun begitu, tudung kerawang-kerawang masih lagi perlu dibanteras agar para pelajar perempuan tidak nampak mengada-ada dalam keadaan labuci-labuci yg berkilat. haha
oops, sorry. tak boleh kawal diri.
dengan pemakaian yg tidak formal, para pelajar boleh belajar dengan mudah, senang, selesa gila serta seronok malah sejuk.
kasut juga boleh diketatkan undang-undangnya dengan undang-undang kasut.
kasut juga perlu ditetapkan peraturan, iaitu kasut jenis sneakers digalakkan dari warna putih serta kelabu.
warna jenis kelabu boleh menggalakkan para pelajar yg malas membasuh kasut datang ke sekolah tanpa berasa malu lagi.
serta boleh menaikkan bilangan kehadiran ke sekolah.
tetapi kerajaan, kerajaan tidak perlu risau. pakaian sukan perlu diberi pakaian khas juga.
pakaian sukan haruslah mengikut kumpulan rumah sukan yg ditetapkan dan menjatuhkan hukuman yg setimpal sedulang sepiring kepada yg memakai baju t-shirt sekolah utk turun ke padang.
hal ini juga dpt mendisiplinkan para pelajar.
hal ini juga dpt menguranngkan bau busuk. tapai. apam. ketiak.
namun begitu, peraturan seperti alat solek tidak dibenarkan semua itu harus di-maintain lah.
tidak bermakna ubah satu, semua ubah.
tegaskan bahagian itu, ok, boss?
banyak kebaikan dalam menukarkan uniform sekolah iaitu baju kemeja/baju kurung ke t-shirt.
-pelajar lebih bernafsu utk ke sekolah bg tujuan lain, namun one day, they'll get used to it, dan mula menyedari betapa seronoknye zaman persekolahan :|
-pelajar akan nampak lebih versatile, profesional, dan beridentiti. keadaan di sekolah yg semue kelihatan sama semakin menyakitkan hati. it's time for a change, dear kerajaan.
-pelajar akan lebih bersemangat utk belajar dgn berpakaia comel lote.
-pelajar tidak lagi akan komplen jika bekalan elektrik terputus, sebab pakaian baru amat sejuk! YEAHHH!!!
-pelajar seronok dalam keadaan kasut yg lembut (kalau yg mahal) haha
namun, kes iri hati dengan rakan-rakan yg tak mampu beli sneakers converse warna kelabu tidak haruslah dirisaukan.
kerana dengan penetapan peraturan baru, iaitu dengan mengadakan kempen APAKAH MASALAH ANDA DENGAN BARANGAN BERJENAMA RAKAN ANDA? boleh menyelesaikan masalah itu,
dengan mengumpulkan semue pelajar di suatu tempaat dan membentuk satu bulatan.
dan mereka diberi satu kertas A4, dan diberi masa 10/30/40 minit utk menulis sesuatu di dalam kertas itu, iaitu masalah yg mereka hadapi.
semua kertas itu harus diteliti satu-satu dan seterusnya menyelesaikan masalah itu bersama-sama pada satu hari yg ditetapkan.
mungkin pada hari isnin, (hari yg paling dinyampah) aktiviti APAKAH MASALAH ANDA? akan dijalankan.
peng-motivasi juga haruslah seorang yg seronok, berjiwa muda.
dengan mendekatkan diri lebih kepada pelajar, pelajar akan lebih nanti-nantikan hari isnin. faham tak?
kemudian, dgn membaca semue masalah pelajar, ambil masalah yg serious, dan bincangkannya pada hari isnin, iaitu hari APAKAH MASALAH ANDA?
bincangkan 20 masalah dan have fun with Mondays. dengan cara itu, pelajar mungkin dpt merasakan diri mereka tidak tersingkir.
ha gituuu.
lepas tu, semue murid dikehendaki membut muka paling comel utk digelakkan supaya semua orang lupa perasaan marah, benci serta iri hati.
kan ke tak mengeratkan silrahturahhim tu?
and if dah tukar uniform ni, dah keluarkan kos yg secukupnya,
sudahlah. jgn sekali tukar, tukar lagi. kos bukan murah.
tukar sekali je. dalam 500 tahun lagi, baru tukar lagi sekali.
bukan macam buku teks science, maths.
2 tahun english, 2 tahun lagi BM pulak. menyampah lah para pelajar nk belajar.
menyampah mak.
kerajaan penting diri sendiri, pentingkan duit rakyat, mcm mane nak maju?
patut income tax tu semue tak payah. kalau nak juga, baik tak payah kasi gaji.
senang cerita, turun gaji menteri, naik gaji pekerja kerajaan.
dan tingkatkan kualiti pekerja kerajaan dgn menghantar ke unit-unit khas (tubuhkanlah guna duit income tax) bagi mengukuhkan mereka.
maksud pekerja kerajaan ialah polis, bomba, askar dan sbgnya.
polis perlu diberi gym.
bomba pun. askar pun. perut uncit-uncit semue nye. haha
maaf bagi kasaran bahasa, sy bukan nak sakitkan hati. betul, tak tipu. saya baru pelajar tingkatan 3,
maafkanlah saya! tolonglah! sy hanya mahu pemakaian baju kurung sekolah yg panas tu dibuang. tu je. hahaha
fesyen-fesyen juga dibenarkan asal senonoh. fesyen yg tak senonoh seperti pengkid, pekida, semua tu perlulah dibanteras seperti selalu.
maintain yg lain, ubah uniform je.
please, kerajaan, pleaazzzzzee??
remaja seperti kami perlu identiti dan personaliti sendiri. itu sahaja masalah kami di sekolah,
cikgu pandang kami semua sama. seperti remaja yg tidak berguna. personaliti yg ditonjolkan melalui pemakaian dpt tunjuk kpd cikgu siapa kami.
kira serba sedikit, masalah remaja boleh kurangkan sikit kt sekolah. percayalah.
tp kan, knp orang tua tak faham kita, sedangkan diorg sendiri pernah melalui zaman remaja?
tolong kasi surat ni kepada kerajaan, pleaseee. haha
No comments:
Post a Comment